Tengku Asmadi Sertai Amanah

Agen BandarQ
MALAYSIADATELINE
Bekas calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad akan menyerahkan borang keahlian Amanah pada majlis Makan Malam Amal Pemuda Amanah di Terengganu Equestrian Resort (TER), malam ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad saat ditemui selepas Konvensyen Amanah Terengganu di Wisma Peladang, petang tadi.

“Ya, bekas calon BN bagi daerah Kuala Nerus akan hantar borang keahlian malam ini untuk menyertai Amanah.

“Selain beliau, ada beberapa lagi individu terdiri dalam kalangan kumpulan profesional yang turut akan berbuat demikian,” katanya dipetik Sinar Harian.

Tengku Asmadi merupakan pakar motivasi populer negara yang pertama kali dicalonkan mewakili BN untuk bertanding dalam PRU14 mewakili BN di kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Dalam PRU lalu, dia yang memperoleh sebanyak 29,527 undi tewas kepada calon Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali dengan majoriti 8,447 undi.

Comments

Popular posts from this blog

Drama ‘Isteri Untuk Disewa’ Buat Mufti Komplotan Hantar Surat Kepada Pengarah

Kita Bukan Curi Hebat Pas Sesiapa Sahaja Boleh Masuk Amanah, Kata Mat Sabu

Pelajar Tingkatan Dua Sertai Parti Seks